Fungsi Penguat (rangkaian)

Fungsi repeater ini sama dengan Stereo Amplifier di rumah di mana isyarat dari pemain CD, atau pemain Kaset akan memasuki amplifier, isyarat tersebut kemudian dikuatkan sebelum dihantar keluar ke pembesar suara.

Fungsi repeater sebagai penguat isyarat hampir sama dengan sistem stereo di rumah

Repeater akan menguatkan dan mengulang semula apa saja isyarat yang diterima sebelum ia dihantar keluar. Repeater tidak melihat pada kualiti data sebaliknya ia hanya melihat denyut data digital secara individu dan terus menguatkannya. Ia tidak mempunyai kepintaran memilih data. Sekiranya isyarat tersebut mengandungi frame data yang tidak baik atau hingar, ia juga turut dikuatkan.